PENYANYI Masya Masyitah, 21, bakal membuat kemunculan di majlis anugerah pertama Golden Bullet Awards  untuk PUBG Mobile Pro League MY/SG Musim Ke-4 (PMPL MY/SG S4) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama eGG Network pada 28 November ini.

Majlis penganugerahan pemain, pemain berkumpulan dan ahli perseorangan dalam lapangan e-sukan PUBG Mobile seluruh Malaysia dan Singapura itu turut akan diserikan dengan persembahan istimewa oleh Masya.

Selain itu, Masya juga bakal menyampaikan dua anugerah khas pada majlis berprestiji itu bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team.

“Ini merupakan sebuah penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan e-sukan di Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini,” katanya.

Bahang PMPL MY/SG S4 yang masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4: Golden Bullet Awards yang pertama.

Menurut, Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, Oliver Ye, biarpun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri e-sukan tempatan. 

“Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional e-sukan Malaysia dan Singapura,” ujarnya.

Dalam pada itu,Pengerusi Industri Digital MDEC,  Gopi Ganesalingam, MDEC mahu mewujudkan lebih peluang buat anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena e-sukan.

“Dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak  inisiatif bakal menyusul kelak,”katanya.

Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards, 28 November  ini, pukul 5 petang  di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram