Sedapnya ayam rendang ibunda ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN
1 ekor ayam – potong 10
1 liter santan
300 gm kerisik
2 helai daun limau purut
10 gm daun kunyit
150 gm stok ayam
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula

BAHAN KISAR
250 gm bawang merah
100 gm bawang putih
80 gm halia
10 gm lengkuas
20 gm kunyit hidup
4 batang serai

CARA
1.Ayam yang telah dibersihkan, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.
3.Masukkan kerisik, stok ayam dan ayam, gaul sehingga sebati.
4.Kemudian, masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sebati.
5.Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga rendang sedikit kering.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram