Sedapnya longan sejuk bersama kelapa laut ni. Makan waktu cuaca panas memang layan. Jom lihat bahan dan cara penyediaan resipi yang mudah ini.

BAHAN
1 tin buah longan
1 tin kelapa laut
80 gm lemon – hiris
1 sudu besar gula kwai far
200 ml gula sirap
Ais secukupnya

CARA
1.Hiris buah lemon dan masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai.
2.Kemudian masukkan buah longan dan kelapa laut berserta airnya sekali.
3.Kemudian masukkan gula sirap dan gula kwai far.
4.Tambahkan ais dan hidangkan.

Resipi: Cef Chew Nee San, Tai Ping Chinese Cuisine, Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram