Penyelesaian AmBank

SKANDAL melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menarik minat penggiat seni Hollywood apabila merancang untuk membawanya ke layar kaca sebagai satu siri televisyen.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, siri televisyen berdasarkan buku ‘Billion Dollar Whale’ itu sedang dalam peringkat perancangan.

Pencipta drama politik popular House of Cards, Beau Willimon dan rakan kongsinya, Jordan Tappis dilaporkan telah bekerjasama dengan pembiaya bersama francais Crazy Rich Asians iaitu SK Global bagi projek tersebut.

Penulis skrip terkemuka, David Henry Hwang yang juga finalis Anugerah Pulitzer sebanyak tiga kali telah dipilih untuk menjadi penulis skrip dan eksekutif bagi projek berkenaan.

Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh juga dilaporkan akan bertindak sebagai penerbit bersama.

Ditulis oleh wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope serta diterbitkan pada tahun 2018 oleh Hachette Books, ‘Billion Dollar Whale’ menyingkap skandal pengubahan wang haram besar-besaran 1MDB dengan mendedahkan hubungan golongan elit kaya, perbankan, Hollywood dan politik.

Baca artikel berkaitan: Thomas, kerajaan mohon batal saman Najib berkaitan skandal 1MDB

Buku tersebut menceritakan tentang Jho Low yang menjadi buruan antarabangsa dan ‘pengembaraannya’ di Hollywood termasuk membiayai filem The Wolf of Wall Street karya Martin Scorcese.

Billion Dollar Whale telah menjadi buku terlaris New York Times dan dinamakan Buku Tahunan Terbaik Financial Times pada tahun 2018.

Lebih setengah juta salinan telah dijual di peringkat antarabangsa termasuk lebih 100,000 di Asia.

“Kami tertarik dengan cerita yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini, dengan tumpuan pada watak yang mengelirukan dan mengejutkan.

“Kami juga mahu lebih kreatif menghasilkan karya dalam landskap hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas,” kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram