Orang ramai dinasihati terus berhati-hati berikutan kes Covid-19 masih tinggi di seluruh negara dengan 4,239 kes dilaporkan pada 28 November. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 4,239 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun 858 kes berbanding semalam.

Jumlah kes yang dilaporkan hari ini juga terendah dalam tempoh lebih enam bulan.

Kali terakhir kes baharu lebih rendah daripada yang dilaporkan hari ini ialah pada 17 Mei yang mencatatkan 3,780 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini bsebanyak 2.623 juta kes.

“Pada 28 November, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,239 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,623,816 kes.

Baca: Murid sekolah rendah perlu bergilir buat saringan mingguan – KJ

Kes COVID-19 terus turun, catat 5,097 hari ini

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam satu hantara berasingan, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau Rt COVID-19 berada pada paras 0.96 semalam.

Bagaimanapun, hanya Sarawak, Perlis dan Negeri Sembilan mencatatkan Rt di bawah parasa nasional manakala tertinggi ialah Labuan dengan 1.19 dan Kedah (1.05).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

.