BERITA baik bagi penggemar aktiviti lasak khususnya sukan berbasikal ‘mountain bike’ untuk menyertai pertandingan KayuhLasak Shapadu Putrajaya 2021 pada 12 Disember depan.

Acara yang dianjurkan Shapadu Pinarello Speda Klab itu bakal memberi pengalaman berbeza kepada peserta melalui laluan mencabar.

KayuhLasak Shapadu Putrajaya akan diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di Putrajaya akan menampilkan laluan merentas desa yang melangkaui bukit, denai, sungai dan kawasan perkampungan sejauh 40 kilometer.

Program yang turut disokong Kementerian Belia dan Sukan itu merupakan sebuah acara berbasikal lasak yang melalui 20 peratus jalan raya dan 80 peratus ‘off-road’.

Acara tersebut akan menyaksikan lapan kategori termasuk terbuka junior antara usia 15 hingga 21 tahun lelaki dan wanita.

Baca artikel berkaitan: Shapadu CR Asia, pejabat kesihatan kerjasama pastikan vaksinasi penuh pekerja

Selain itu, ia juga bakal menampilkan kategori terbuka lelaki dan wanita (22 hingga 34 tahun); master junior lelaki (35 hingga 44 tahun); master senior lelaki (45 tahun ke atas) dan master wanita bagi 35 tahun ke atas.

Lebih menarik, terdapat kategori khas bagi Heavyweight lelaki 95 kilogram ke atas yang turut dipertandingkan dalam acara tersebut.

Bagi yang berminat menyertai acara berkenaan boleh mendaftar di https://www.sports360.my/order/form/klsp2021 dengan yuran penyertaan hanya RM77.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram