UNITED Kingdom (UK) mengumumkan dua kes varian Omicron dikesan, lapor agensi Anadolu.

“Kami telah dimaklumkan oleh @UKHSA (Agensi Keselamatan Kesihatan UK) mengenai dua kes varian Omicron. Kedua-dua kes itu dikaitkan dan terdapat kaitan dengan perjalanan ke negara di selatan Afrika,” kata Setiausaha Negara untuk Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Sajid Javid di Twitter.

Kedua-dua individu itu kini menjalani kuarantin kendiri.

“Kami juga menambah Malawi, Mozambique, Zambia dan Angola ke dalam senarai merah perjalanan, berkuat kuasa 4 pagi Ahad dan mereka yang pulang dari negara-negara terlibat dalam tempoh 10 hari lepas perlu menjalani kuarantin dan melakukan ujian PCR .

“Jika anda layak untuk suntikan penggalak, sekarang adalah masa untuk mendapatkannya,” katanya.

BERITA BERKAITAN KKM pantau rapi perkembangan Omicron – Khairy

Minggu ini, saintis Afrika Selatan mengumumkan telah menemukan varian Omicron, yang mempunyai beberapa mutasi yang mungkin membawa risiko jangkitan semula. Varian yang sama turut dikesan di Botswana serta Hong Kong.

Pada Jumaat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sebagai varian yang membimbangkan dinamakan Omicron.

Beberapa negara di seluruh dunia telah menyekat penerbangan dari beberapa negara di selatan Afrika termasuk Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho dan Eswatini.

Selain itu, kes jangkitan melibatkan varian Omicron turut dilaporkan dikesan di Jerman (dua kes) dan Itali (satu kes) pada Sabtu. – Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram