Sedapnya mi jawa ni. Bagi yang buntu nak masak hidangan apa hari ini, boleh cuba resipi mi jawa istimewa yang mudah dan enak ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHANNYA
300 gm mi kuning – dicelur
1 paket rempah kari
100 gm tauge
200 gm udang kering
200 gm daging – dihiris
100 gm sawi – dihiris
2 keping tauhu goreng – dihiris
1 tangkai cili hijau – dihiris
1 keping kek ikan – dihiris
1 mangkuk stok daging
2 biji keledek – rebus & dilecek
10 gm bawang putih – ditumbuk
20 gm bawang merah – tumbuk
2 sudu besar cili kisar
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Garam, serbuk perasa dan minyak masak secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Bersihkan keledek dan rebus sehingga empuk dan lecek sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering dan cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak sehingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan udang, sawi, kek ikan, garam dan perasa secukup rasa.
  5. Biarkan mereneh hingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

CADANGAN HIDANGAN:

  1. Masukkan mi dan tauge (yang telah dicelur) ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan kuah panas hingga penuh.
  3. Masukkan telur rebus, tauhu goreng dan cili hiris dan sedikit hirisan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram