Bagi anda yang tercari-cari resipi pai yang lazat, resipi pai epal ini wajib anda cuba. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan pai epal ini.

BAHAN KULIT PAI
1 cawan tepung gandum
125 gm mentega – sejuk dan keras
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar air sejuk

BAHAN INTI
2 biji epal merah – potong dadu, rendam air garam
2 biji epal hijau – potong dadu, rendam air garam
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar jus lemon
3/4 cawan gula
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil garam
100 gm mentega – dadu besar dan sejukkan

CARA MENYEDIAKAN

  1. Untuk kulit pai, masukkan tepung dan mentega dalam mesin pemproses makanan.
  2. Tekan dan putar hingga jadi bijirin halus. Masukkan air sejuk bercampur garam dan tekan lagi (sekejap sahaja).
  3. Keluarkan dan bungkus dalam plastik pembalut makanan. Masukkan dalam peti sejuk.
  4. Setelah sejuk, keluarkan dan canai nipis kulit pai tersebut. Letak dan tekan pada acuan pai yang telah disapu mentega.
  5. Tutup dengan plastik pembalut makanan dan sejukkan sekali lagi dalam peti sejuk.
  6. Seterusnya, panaskan ketuhar pada suhu 180oC.
  7. Dalam mangkuk besar, campurkan epal (tus dan buang air garam) bersama jus lemon, gula, tepung, serbuk kayu manis dan garam. Sebatikan.
  8. Masukkan dalam acuan kulit pai tadi, susun cantik dan biarkannya tinggi di bahagian tengah. Letakkan mentega sejuk di antara epal.
  9. Tutup dengan satu lagi kulit pai. Lekatkan bahagian hujungnya dengan garpu. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit air diatas kulit pai.
  10. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180oC selama 20 minit. Kemudian kurangkan kepanasan kepada 150oC dan bakar lagi hingga warna ke emasan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram