AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

TIGA hari lalu, tular bagaimana seorang pelajar perempuan dilarikan menggunakan sebuah kereta di hadapan sekolahnya di Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, gadis berusia 13 tahun itu berjaya melepaskan diri tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dan malam tadi, suspek rakyat tempatan itu berjaya ditahan polis di Senawang, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 35 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Ayob, penahanan suspek adalah hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Johor.

Baca: Pelajar perempuan berjaya lepaskan diri selepas dilarikan di hadapan sekolah

Katanya, turut dirampas semasa serbuah adalah telefon bimibit, sehelain baju berwarna hitam dan seluar jeans.

Menurut beliau, lelaki itu kini diremah selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh maksium tujuh tahun dan denda,” jelasnya.

Berdasar laporan media Khamis lalu, polis memaklumkan pelajar itu menyatakan selepas turun daripada van, sebuah kereta dipandu lelaki tempatan tidak dikenali, datang kepadanya serta meminta dia menghantar satu borang ke sekolah, dan lelaki itu meminta pelajar berkenaan masuk ke dalam kereta, namun dia enggan.

Kemudian mangsa dilaporkan ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari di sekitar Taman Molek kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian, sebelum pelajar itu berjaya melepaskan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare