SYHHH.. ini untuk bacaan kaum perempuan saja. Nak tahu rahsia orang lelaki? Cuba baca fakta ini…

  • Satu kajian pernah dibuat mengenai lelaki yang curang. Hasilnya, kajian itu mendapati lelaki yang tidak setia terhadap pasangannya mempunyai tahap IQ yang rendah. (Anggaplah lelaki yang curang dengan anda itu seorang yang tidak cerdik).
  • Kajian juga mendapati, secara purata lelaki menghabiskan satu tahun kehidupan mereka hanya untuk merenung wanita. Huh, dasar lelaki!
  • Kajian menunjukkan kebanyakan kes berkaitan wanita sudah berkahwin yang mati dibunuh adalah disebabkan dibunuh oleh suami atau bekas suami. Eee… sadis!
  • Lelaki lebih banyak menipu berbanding wanita. Kajian mendapati, lelaki menipu 6 kali sehari lebih banyak berbanding wanita yang hanya menipu 2 kali sehari. Huh, hampeh!
  • Komputer riba bahaya untuk lelaki. Kajian mendapati ia boleh mengakibatkan lelaki jadi mandul apabila mereka kerap meletakkan laptop di atas riba. Ini kerana haba dari laptop boleh memusnahkan sperma. Ah, ada orang lelaki kisah?
  • Secara purata, seorang lelaki menghabiskan 6 bulan hidupnya untuk mencukur wajah. (Mungkin waktu itu bertambah jika dapat kekasih gelap yang tak suka lelaki berjambang).
  • Kajian mendapati lelaki yang mempunyai isteri yang menarik akan berpuas hati dengan kehidupan mereka selepas berkahwin. (Cis, nampak sangat menipu fakta ini. Kalau tidak, masakan ramai wanita cantik dan menarik tetap diceraikan).
  • Lelaki berkepala botak dianggap lebih tinggi dan kuat berbanding lelaki yang mempunyai rambut. Ah, poyo!
  • Seorang lelaki peratusannya berjalan lebih perlahan apabila berjalan dengan wanita. Kelajuan mereka berjalan akan bertambah apabila berjalan dengan lelaki. (Kalau sedang berjalan dengan kekasih, tiba-tiba isteri nampak, confirm kelajuan lelaki itu akan bertambah serta-merta).
  • Kajian mendapati lelaki kurang kentut berbanding wanita. Ini kerana tubuh wanita didapati lebih banyak mengalami kembung perut berbanding lelaki. (Ceh, macam menipu je kajian tu).
  • Apabila pakaian wanita menjadi ketat, wanita akan menganggap tubuh mereka sudah gemuk. Berbeza dengan lelaki, apabila pakaian yang dipakai sudah ketat, mereka akan anggap pakaian itu yang mengecut. Huh, lelaki memang tak sedar diri kalau perut dah boroi, pakaian juga yang disalahkannya.

Eh, eh… ada yang marah baca fakta di atas? Alah, yang marah itu mesti lelaki kan, kan kan? Dah pesan kat tajuk tu, lelaki jangan baca. Keh keh keh…

_________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare