PENGACARA dan pelakon, Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 41, yang menyimpan hasrat sejak kecil ingin membuka sebuah kedai makan akhirnya terkabul.

Memandangkan ibunya berniaga nasi lemak tepi jalan ketika membesarkannya membuatkan karl bersemangat untuk membuka kafe sendiri.

“Sebenarnya saya dah lama simpan impian untuk membuka sebuah kafe. Dari sebelum masuk program MasterChef lagi memang dah simpan hasrat itu.

“Selain itu, keluarga saya iaitu ibu juga memang pernah membuka gerai tepi jalan menjual nasi lemak dan ketering kecil.kecilan.

“Jadi, saya pernah terfikir satu hari nanti saya pun nak ada kafe sendiri di mana saya menjual makanan kegearan saya,” ujarnya memetik laporan Mstar.

Karl yang juga merupakan bekas pesera rancangan MasterChef Selebriti Malaysia 2021 ditemui ketika pelancaran Dulang Kafe miliknya bertempat di Kompleks Kelana Jaya Central Point pada jumaat.

Dulang Kafe di Kompleks Kelana Jaya itu sudah mula beroperasi pada hari ini dan terdapat 10 lagi outlet-outlet yang lain akan dibuka di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kelantan.

Sementara itu, Karl mengakui pelbagai cabaran dan halangan yang perlu dilaluinya untuk membuka perniagaannya itu.

“Saya ambil masa lebih dua bulan untuk membuka kafe ini. Ikutkan perancangan nak buka pada awal November selepas saya selesai pertunjukkan fesyen.

“Tapi berdepan dengan masalah ubah suai yang mengambil masa agak lama untuk siap sepenuhnya. Ingatkan nak buka pada 19 November lalu tapi tak boleh juga.

“Sehingga la hari jumaat lalu, saya ambil keputusan teruskan saja pelancaran pembukaan kafe ini. Tak nak tangguh lagi,” jelasnya.

Terbaru, Karl memuat naik satu kiriman di Instagramnya di mana dia sedang mencari seorang pembantu peribadi dengan kadar yang segera dan disertai dengan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram