Biasanya masakan masak lemak tempoyak popular menggunakan ikan, apa kata kali ini tukar kepada udang pula. Jom lihat cara menyediakan resipi yang sedap ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN – BAHAN:
1/2 kg udang
3 cawan santan
30 tangkai cili padi
3 cm kunyit
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
5 sudu besar tempoyak
Daun kunyit
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Kisar cili padi, kunyit, bawang merah besar dan kecil.
  2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk bersama santan. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan udang, tempoyak dan garam.
  4. Kacau sehingga mendidih dan akhir sekali masukkan daun kunyit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram