Selepas siakap dan sotong, kailan ikan masin RM18 pula menjadi tular./ Gambar media sosial

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang sudah memulakan tindakan terhadap isu hidangan sayur kailan ikan masin yang dijual pada harga RM18.

Menerusi satu kenyataan, KPDNHEP Pulau Pinang memaklumkan, Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) diberikan kepada pengusaha berkenaan yang perlu dijawab dalam tempoh dua hari bekerja.

Kata kenyataan tersebut, penguat kuasa KPDNHEP telah ke lapangan dengan jawapan notis itu kelak akan membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak KPDNHEP Pulau Pinang menerima makluman berkaitan isu yang ditularkan “harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan” melalui media sosial oleh seorang pelanggan mengenai hidangan kailan ikan masin yang dikatakan mahal, semalam.

Baca: Siasatan ‘siakap kayangan’ diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya – KPDNHEP

Harga makanan dunia naik 30 peratus lapor FAO, moga RON95 kita kekal

“Berikutan itu penguat kuasa kami telah pun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan, dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang,” kata kenyataan itu.

Semalam menerusi hantaran di Facebook, seorang pelanggan memuat naik resit memaparkan harga keseluruhan makanan sebelum ia tular, dan individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18.

Sementara itu, pemilik restoran makanan Anjung Ikan Bakar Nory di Kepala Batas yang didakwa menjual sebungkus sayur kailan ikan masin sebanyak RM18 tampil membuat penjelasan mengenai harga yang dikatakan tidak setara dengan kuantiti.

Menurut Facebook restoran berkenaan, insiden tersebut mungkin berlaku akibat salah faham yang tidak disengajakan daripada pihak restoran sewaktu menyediakan hidangan pelanggan.

“Mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan daripada pihak kami . Harap perkara itu tidak berlaku lagi.

“Kesilapan kami, mungkin juruwang kami tersilap memasukkan harga pesanan hidangan bersaiz besar (L).

“Ataupun mungkin pesanan dibuat bersaiz besar tetapi pekerja bahagian dapur telah menyediakan hidangan tersebut bersaiz kecil (berdasarkan gambar yang tular),” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu berkata, harga menu itu bagi hidangan saiz kecil dijual pada harga RM6 diikuti RM12 (ukuran sederhana) dan RM18 (ukuran besar).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram