ORANG ramai dijemput memeriahkan program 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Jabatan Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook memaklumkan, program mulai 9 pagi hingga 10 malam itu akan berlangsung selama empat hari mulai 9 sehingga 12 Disember.

Program sempena 100 hari aspirasi gagasan #KeluargaMalaysia itu akan menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan malam aspirasi seni.

Selain itu, orang ramai juga boleh melawat pameran dan jualan usahawan di samping menyaksikan sendiri galeri pencapaian setiap kementerian.

Bukan itu sahaja, pelbagai program bantuan, padanan perniagaan serta pameran kementerian dan agensi akan ditawarkan sempena pelaksanaan program tersebut.

“Jom semua #KeluargaMalaysia bersama-sama kita hadir memeriahkan Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di KLCC mulai 9 hingga 12 Disember bermula 9 pagi hingga 10 malam.

“Pelbagai acara menarik menanti anda semua!,” katanya dalam hantaran itu.

Orang ramai juga boleh mengikuti laman web rasmi di www.keluargamalaysia.gov.my, Twitter mykeluargamsia serta Facebook dan akaun Instagram @mykeluargamalaysia.

Baca artikel berkaitan: Merdeka 118 cerminan penyatuan warisan, sejarah Malaysia – PM

Pendekatan yang julung kali disebut dalam ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos lalu antara lain mengajak rakyat negara ini mengetepikan perbezaan dalam menggembleng tenaga untuk memulihkan semula negara dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Konsep Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh.

Ia menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri untuk bekerja bersama-sama memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram