GAMBAR fail: Abd Razak Aid

TREND penurunan jangkitan COVID-19 selama empat hari berturut-turut berakhir hari ini selepas kes kembali mencatatkan peningkatan.

Selepas merekodkan 4,087 kes semalam, iaitu kadar paling rendah dicatatkan dalam tempoh 197 hari, kes naik semula.

Bagaimanapun, kadar jangkitan masih kekal bawah angka 5,000 kes hari ini.

Sebanyak 4,879 kes telah dikesan hari ini sekali gus menyaksikan peningkatan 792 jangkitan berbanding semalam.

Penularan kekal bawah 5,000 untuk tempoh tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 telah pun mencecah 2.632 juta setakat ini.

“Pada 30 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,879 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,632,782 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.

Baca artikel berkaitan: 4,087 kes baharu COVID-19, paling rendah sejak 16 Mei

Berdasarkan data dikongsi Dr. Noor Hisham, trend kes selama tujuh hari seluruh negara masih menunjukkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan purata sepanjang tempoh itu adalah 5,202 kes.

Hanya tiga negeri atau wilayah merekodkan peningkatan kes dengan Perlis menunjukkan trend tertinggi sebanyak 74 peratus menerusi purata 33 kes.

Ia diikuti Labuan yang naik 38 peratus dengan purata 22 kes dan peningkatan lapan peratus di Kuala Lumpur dengan purata 339 jangkitan.

Sarawak pula menjadi negeri yang merekodkan trend penurunan tertinggi iaitu 37 peratus dengan hanya 163 kes secara purata selama tujuh hari.

Kes di Kelantan juga turun sebanyak 29 peratus dengan purata 488 jangkitan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram