KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengambil tindakan ke atas empat pemilik restoran menerusi Ops Menu.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, keseluruhannya, kompaun yang dikeluarkan pihaknya berjumlah RM1,000 setelah dikesan melakukan kesalahan termasuk timbangan.

Katanya, empat premis berkenaan di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Dungun yang merupakan antara 346 restoran dan kedai makan yang diperiksa di seluruh negeri menerusi operasi terbabit sejak 6 November lalu.

“Dua daripada restoran tersebut dikompaun kerana menggunakan timbangan yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan manakala dua lagi gagal meletak tanda harga pada menu makanan.

Baca: Sayur kailan RM18, KPDNHEP P. Pinang mulakan tindakan

Siasatan ‘siakap kayangan’ diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya – KPDNHEP

“Operasi ini menyasarkan restoran serta kedai makan yang menjual makanan sedia masak, makanan laut atau yang mengamalkan prinsip timbangan dalam mengenakan caj bayaran,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi berkenaan di sebuah restoran di Kuala Terengganu hari ini.

Saharuddin berkata pihaknya akan menggandakan pemantauan oleh 119 anggota penguat kuasa dan 59 pegawai pemantau harga di seluruh negeri sempena cuti sekolah bermula 11 Disember ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram