ketam bercili nanas

Sajian makanan laut sememangnya hidangan yang digemari ramai. Ia boleh dipelbagaikan gaya masakannya. Kali ini SAJI kongsikan resipi ketam bercili nanas yang sedap dan mudah. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
6 ekor ketam | bersih dan potong dua
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 biji nanas | didadu kecil
8 tangkai cili kering | kisar
2 ulas bawang besar | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris halus
1 biji telur
Sedikit minyak untuk menggoreng
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

  1. Lumur ketam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ketam sehingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kering yang dikisar dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan nanas dan jika kering tambahkan sedikit air.
  5. Masukkan ketam dan kacau rata. Kemudian masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hias dengan hirisan daun bawang.
Resipi: Nurul Shazlina

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram