Seorang pemuda menunjukkan syiling 1 sen yang disangka seringgit.

KESILAPAN seorang pemuda Indonesia mengatakan duit syiling satu sen Malaysia sebagai seringgit dalam sebuah video pendek di platform TikTok menyebabkan dirinya “diserbu” netizen negara ini.

Video yang dimuat naik oleh @Asrorkhb itu sehingga kini telah ditonton lebih 300,000 kali selepas berkongsi koleksi duit syiling miliknya bagi melayani permintaan salah seorang warga maya.

Dalam video tersebut, pemuda itu menunjukkan dia mempunyai koleksi syiling termasuk duit satu sen Malaysia di dalam sebuah bekas kecil yang diletakkan di atas sebuah almari hiasan.

“Ini sangat kotor dan berdebu sebab jarang aku buka dan tidak tahu ada duit apa. Cuma rasanya di dalam ini ada koin Malaysia, jom kita buka.

“Nah, ini adalah koin dari Malaysia, kalian boleh baca Bank Negara Malaysia dan ini satu ringgit, wow hebat juga ya,” katanya sambil membelek syiling satu sen yang disangka sebagai bernilai seringgit.

Baca artikel berkaitan: Masakan asam pedas teratai tular, 5.2 juta netizen teruja pertama kali tahu ia boleh dijadikan hidangan

@asrorkhb

Balas @lesbalescoy yuk guys follow ISTAGRAM gua yah guys #barangkunoasrorkhb #malaysia #uangmalaysia #uangkuno #fypシ

♬ Quirky – Oleg Kirilkov

Namun, sesi perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen Malaysia yang mana kesilapannya itu membuatkan warganet menyerbu pada ruangan komen.

“Itu satu sen bang,” komen @faridaffendy

“Salah bang itu satu sen bukan seringgit,” ujar @adryanshah586.

“Koin satu sen tu bro, kalau koin satu ringgit gambar belakangnya keris tapi sudah tidak laku lagi. Sekarang sampai 50 sen saja,” tambah @mohamednazri.

Pemuda itu juga mengatakan gambar rebana ubi pada duit satu sen itu sebagai sepohon pokok kerana tidak mengenalinya.

“Sampai buruk wangnya dan ini di belakangnya ada gambar apa ya gais, gambar pohon gitu ya gais.”

Hasil carian UtusanTV, syiling satu sen itu merupakan siri kedua yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Ia mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, pada bahagian tengah atas duit syiling dan nilai di bawah

Ia juga dihiasi rebana ubi yang merupakan sejenis gendang iaitu alat muzik tradisional.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram