PASANGAN selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selamat menimang cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor,  pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin melalui hantaran di Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto bersama bayi dan suami tercinta.

Menurut Wawa,30, dia mula menahan sakit pada pukul 2 pagi dan terpaksa menunggu sehingga pukul 5 pagi kerana enggan  mengejutkan Aeril yang sedang tidur. 

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi menahan sakit. Tak sampai hati nak kejut Aeril. Tunggu la sampai 5 pagi. Sampai hospital sudah sembilan sentimeter (cm),” tulisnya.

Tambah Wawa, sehingga kini mereka masih belum mempunyai cadangan nama untuk anak keempat itu.

“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah. Nama belum ada. Ada cadangan ke,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Wawa tidak memperincikan jantina bayi mereka.

Sementara itu, menerusi entri di Instagram Aeril, dia turut memuat naik sebuah foto bersama cahaya mata keempatnya serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar proses bersalin isterinya dipermudahkan.

“Assalammualaikum anakku. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulis Aeril.

Buat info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, setahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram