“Wanita memang mata duitan. Nak cari suami mesti nak yang berharta, sudah ada rumah sendiri. Hantaran pun nak setinggi langit.” Ini kata-kata yang biasa meluncur pada mulut masyarakat.

Dan begitulah pandangan pertama yang dikongsikan doktor Ezairy M.Sallih mengenai perihal insan bernama wanita.

Jelasnya, pada mulanya dia mahu menjadi suami romantis, punya kemewahan untuk dikongsi bersama isteri, namun persepsinya berubah selepas berkahwin.

Kini baru dia sedar, wanita tidak memandang semua itu. Sebaliknya ini yang berlaku.

“Dulu masa mula-mula bercinta dan kenal isteri, saya ingat nak jadi lelaki yang romantis dan baik pada mata wanita ialah lelaki yang ada ketrampilan, duit banyak, miliki kereta mewah, rumah besar dan macam-macam yang kita dok lihat kat kaca televisyen drama melayu tu.

Tetapi hakikat sebenarnya setelah berumahtangga, apa yang saya lihat. Wanita ni tak pandang sangat semua tu. Perkara saya sebut di atas mungkin penting. Tetapi apa jauh yang lebih penting pada wanita ialah lelaki yang

✅ rajin mandikan anak di rumah

✅ rajin mengemas rumah

✅ rajin tolong lipat pakaian

✅ rajin ajar anak mengaji dan siapkan kerja sekolah

✅ rajin sidaikan pakaian ketika isteri sibuk memasak

✅ bawa isteri dan anak-anak hujung minggu untuk releasekan stress. Tak semestinya tempat mewah, cukup tempat untuk berkongsi rasa.

Ini hakikat sebenar yang ramai mungkin kaum lelaki masih belum sedar.

Begitulah.

Dr Ezairy M.Sallih.”

Sumber : Dr Ezairy M.Sallih