SUSULAN kenaikan harga roti bermula hari ini, pelakon dan pengacara, Daphne Iking teruk dihentam apabila memberi cadangan kepada orang ramai untuk meembuat roti sendiri.

Malah, lebih membangkitan kemarahan netizen apabila Daphne atau Daphne Eleanor Mozes Iking turut menyarankan kepada orang luar untuk menggunakan perkakas memasak Thermomix yang berharga ribuan ringgit.

Menyedari ramai yang tidak senang dengan pendapatnya itu, Daphne bagaimanapun tidak berniat mengguris perasaan mana-mana pihak dengan perkongsiannya di Instagram.

“Saya baca komen-komen dan sedang memahami apa yang diperkatakan. Terima kasih kerana ‘tag’ saya.

“Satu benda yang saya nak jelaskan adalah saya tidaklah kaya-raya tetapi bersyukur kerana punya karier yang mampu bayar bil dan sediakan makanan atas meja. Saya tidak berniat menyakiti perasaan orang lain,” ciapnya di laman Twitter.

Daphne,43, memuatnaik ciapan tersebut bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak sensitif terhadap golongan kurang berkemampuan.

Terdahulu, menerusi laporan UtusanTV, Gardenia Bakeries (KL) mengumumkan kenaikan harga bagi produk berasaskan roti antara 10 hingga 45 sen.

Harga baharu yang ditetapkan kepada pengguna bagi sebuku Gardenia Original Classic 400 gram adalah RM2.80 iaitu peningkatan sebanyak 30 sen.

Gardenia Original Classic Jumbo 600 gram pula kini berharga RM4 naik daripada RM3.55, manakala harga Gardenia Bran & WheatGerm 400 gram akan dinaikkan kepada RM2.90 daripada RM2.50 ketika ini.

Gardenia Toast’em dan Gardenia Delicia pula meningkat daripada RM4.25 kepada RM5 iaitu kenaikan sebanyak 75 sen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram