GAMBAR: Abd Razak Aid

SELEPAS tiga hari berturut-turut kes COVID-19 dilaporkan di bawah angka 5,000, bagaimanapun jumlah tersebut kembali melonjak hari ini.

Pada hari pertama bulan Disember ini, sebanyak 5,439 jangkitan COVID-19 telah dikesan.

Kadar tersebut meningkat 560 kes berbanding 4,879 yang direkodkan semalam.

Trend peningkatan itu mula dilihat semalam walaupun telah turun kepada 4,087 kes pada hari Isnin.

Kes yang direkodkan pada hari Isnin itu juga merupakan kadar paling rendah dalam tempoh 197 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 telah pun mencecah 2.638 juta setakat ini.

“Pada 1 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,638,221 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial.

Baca artikel berkaitan: 4,879 kes COVID-19, naik tapi kekal bawah 5,000

Bagaimanapun, berdasarkan data dikongsi Dr. Noor Hisham, secara keseluruhan trend kes baharu seluruh negara dalam tempoh tujuh hari terus menurun sebanyak 11 peratus.

Secara purata, sebanyak 5,100 jangkitan baharu telah dilaporkan sepanjang tempoh satu minggu.

Pada masa sama, kebanyakan negeri turut merekodkan trend penurunan kes dengan Sarawak merupakan negeri tertinggi iaitu susut sebanyak 44 peratus.

Sebanyak 143 kes telah dilaporkan secara purata sepanjang tujuh hari di Sarawak.

Namun begitu, Perlis, Labuan dan Kuala Lumpur pula kembali mencatatkan trend peningkatan dalam tempoh sama.

Kes baharu di Perlis secara purata melonjak 75 peratus dengan 35 kes purata sepanjang satu minggu.

Ia diikuti peningkatan 31 peratus di Labuan dan dua peratus di Kuala Lumpur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram