Pegawai KPDNHEP bersama pegawai KKM memeriksa harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 ketika mengadakan Operasi Samar dan Operasi bersepadu KPDNHEP bersama KKM di Pusat Perniagaan Dan Farmasi sekitar Taman Sri Gombak September lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

KERAJAAN mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Sendiri) sebagai barang kawalan berkuat kuasa hari ini, bagi menjamin bekalan kit ujian itu mencukupi di pasaran.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata bagi menjamin keberadaan dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewartakan kit ujian itu di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 Nov lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Dis 2021.

Menurutnya buat masa ini, bekalan kit ujian itu didapati mencukupi di pasaran dan sehingga kini tiada aduan berkenaan kekurangan bekalan diterima oleh pihak KPDNHEP.

“KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan Kit Ujian Pantas Antigen COVID19  ini bagi mengelak tindakan tegas diambil oleh pihak Kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Tiga KPI 100 hari berjaya dicapai, fokus KPDNHEP kini stabilkan harga barangan

Kit ujian kendiri COVID-19 serendah RM4.90 di 99 Speedmart

Menurut Azman peniaga yang melakukan kesalahan berhubung perkara itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi individu; manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM2 juta.

Beliau berkata kit ujian itu boleh diperolehi di farmasi dan fasiliti kesihatan, serta di premis-premis berdaftar seperti pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak.

Menurutnya pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga yang berkaitan boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan lanjut dengan menghantar maklumat ke Whatsapp 019-279 4317, portal e-aduan.kpdnhep, Call Centre 1-800-886-800, Emel [email protected], Ez ADU KPDNHEP dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram