Aktiviti menyambung rambut dan bulu mata, semburan tan, kaedah pembuangan bulu melalui laser dan penggunaan kosmetik adalah kelaziman yang dilakukan oleh setiap insan bergelar wanita. Namun, tahukah anda, semua perbuatan tersebut memberi kesan terhadap kesihatan diri?

Erin Kisby daripada majalah women’s Health & Fitness, amerika Syarikat menyiasat risiko yang akan dialami jika anda terlibat dengan beberapa rawatan kecantikan yang paling popular pada masa kini serta akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara sebenar untuk merasai kecantikan dalaman dan luaran.

RAWATAN KUKU KAKI DAN TANGAN

Apakah risikonya?

Dalam kebanyakan kes, terdapat risiko apabila kuku yang anda sering warnakan itu sebenarnya memberi kesan negatif apabila berlaku jangkitan di sekitar lipatan kuku, yang dikenali sebagai paronychia. Paronchyia merupakan jangkitan kulat atau bakteria yang berlaku pada plat kuku anda.

Yang perlu anda lakukan:

Dr. Carthy Reid yang merupakan jurucakap daripada Kolej Dermatologi Australia menyatakan kebanyakan salon yang menawarkan perkhidmatan mewarnakan kuku memiliki reputasi tersendiri dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah kesihatan.

“Secara amnya, saya tidak menghalang memotong pendek kuku anda kerana ia adalah lebih baik kerana mampu melindungi plat kuku dan mencegah dari sebarang jangkitan. Malah, mengurangkan sebarang gangguan terhadap kuku anda adalah lebih baik”, ujar Reid.

Bagi anda yang gemar membuat rawatan kuku kaki, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mendedahkan bahawa bakteria di dalam spa kaki boleh masuk melalui kulit!

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko jangkitan, anda yang mengalami kulit luka atau calar dan setelah bercukur jangan sesekali melakukan rawatan spa kaki.

Gunakan krim atau wax 24 jam sebelum menerima rawatan spa kaki.

SEMBURAN TAN KULIT

Apakah Risikonya?

Kebanyakan wanita berkulit putih di dunia kini lebih terdorong untuk memiliki warna kulit yang lebih gelap atau dipanggil tan. Streaky shins, orange palms dan stained bed sheets merupakan antara produk tan yang paling digemari dan kerap digunakan.

Namun begitu, Kesatuan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat telah menerima pelbagai laporan daripada para pengguna yang mendakwa mereka telah mengalami kesan negatif daripada penggunaan produk tersebut termasuklah mengalahi alahan dan ruam, batuk-batuk, sering pening dan pengsan.

Yang perlu anda lakukan:

Apabila melakukan proses tan, pastikan mulut anda ditutup ketika semburan. Semburan tan atau asap tan yang dilakukan dari salun atau spa biasanya digunakan pada semua bahagian badan termasuklah muka anda, di mana ia berpotensi untuk masuk ke dalam dan sekitar mata, berhampiran hidung mahupun ke bibir anda.

Hal ini mampu memberi risiko untuk anda terhidu atau tertelan DHA yang tidak diketahui. Oleh itu, pastikan anda menutup mata dan menahan nafas ketika semburan dikenakan.

HAIR REMOVAL

Apakah Risikonya?

Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika anda mendapati rambut bercambah di tempat-tempat yang tidak diingini.

Syukurlah, kerana terdapat pelbagai teknik yang ditawarkan untuk menghilangkan bulu termasuklah bercukur, penggunaan krim, elektrolisis dan juga penggunaan laser.

Penggunaan laser bagi membuang bulu atau rambut telah menjadi satu pilihan yang popular pada masa kini kerana ianya menjanjikan hasil yang selamat dan pengurangan yang berkekalan. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kesan sampingan dari kaedah laser tersebut.

Laporan dari Klinik Mayo di Amerika Syarikat menunjukkan jangkitan sementara pada kulit seperti berkuping akan berlaku kerana perubahan pigmen sementara terjadi di mana kulit boleh menjadi gelap atau cerah. Hal ini terutamanya memberi kesan kepada orang-orang yang mempunyai kulit gelap jika laser digunakan pada tetapan yang salah.

Yang perlu anda lakukan:

Sebelum melakukan proses membuang bulu atau rambut di mana- mana salon, pastikan salon tersebut mempunyai reputasi yang baik dan selamat. Pergilah ke tempat yang kawan, keluarga atau rakan sekerja anda syorkan. Juga anda hendaklah mencari premis yang bersih dan pilihlah salon yang telah beroperasi dalam jangka masa yang agak lama dengan pengendalinya yang berpengalaman.

Jika anda menggunakan kaedah elektrolisis atau laser, pastikan ia dilakukan oleh seorang pakar. Dan sentiasalah membaca arahan yang terdapat pada krim ubat menghilangkan rambut serta ambil perhatian masa yang disyorkan bagi setiap penggunaan.