DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah atas pemilihan beliau sebagai Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia Pasifik (ICA-AP) bagi penggal 2022-2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam ucapan tahniah yang dizahirkan menerusi laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, pemilihan tersebut menunjukkan keyakinan dan kepercayaan kepimpinan koperasi antarabangsa terhadap kewibawaan kepimpinan gerakan koperasi di Malaysia yang dilihat progresif, sistematik dan berdaya maju.

“Tahniah! Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi kerusi Naib Presiden ICA-AP pada perhimpunan serantau ICA-AP ke-15 yang dianjurkan secara hibrid di Seoul, Korea Selatan,” kata Perdana Menteri dalam catatan itu hari ini.

Baca: ANGKASA seru koperasi masjid pelbagai strategi perniagaan

Angkasa eksport produk nilai dagangan lebih RM100,000 ke Brunei

Abdul Fattah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) merupakan individu kedua dari Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden ICA-AP selepas Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Menurut kenyataan Angkasa, pemilihan itu dijalankan menerusi Sistem Pengundian Elektronik dan terdahulu Abdul Fattah turut dipilih semula sebagai anggota lembaga ICA-AP untuk tempoh empat tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram