cucur tuna

Sedapnya cucur tuna ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba resipi cucur tuna yang dikongsi oleh Emelda ini.

BAHAN:
1 tin ikan tuna dalam
1 genggam daun ketumbar-potong kasar
1 batang cili merah di potong dadu kecil
1 cawan tepung gandum
½ cawan air sejuk
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA:
1.Pukul telur sehingga separuh kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
2.Gaul sehingga agak sebati.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra.
4.Masukkan ikan tuna, daun ketumbar dan cili gaul sehingga rata.
5.Goreng dengan minyak banyak dan panas sehingga masak.
6.Enak dimakan dengan sos cili kegemaran anda.

Resipi: Imelda Maya Harris

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram