Muhammad Sanusi Md Noor./ Gambar fail FB UPDA

WALAUPUN telah tersungkur di peringkat suku akhir, namun itu tidak menghalang Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ‘mengusik’ kekalahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Menerusi catatan di akaun Facebook miliknya, Muhammad Sanusi menumpang kegembiraan atas kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menumbangkan JDT untuk menjulang trofi Piala Malaysia edisi ke-100 semalam.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut memuat naik status seolah-olah ‘menyindir’ kekalahan skuad Harimau Selatan itu.

“Tahniah KL City, saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira.

“Sapa (Siapa) ada gambaq (gambar) rimau (harimau) jalan tersipu-sipu?,” katanya yang turut disertakan emoji ketawa.

KL City berjaya menamatkan penantian selama 32 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia menundukkan JDT 2-0 dalam perlawanan akhir, malam tadi.

Kejayaan itu juga bermakna KL City meraih tiket ke Piala AFC musim hadapan.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi pernah berbalas kritikan dengan Pemilik JDT yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelang pertemuan suku akhir Piala Malaysia, pertengahan November lalu.

Tangkap layar hantaran Facebook Muhammad Sanusi yang seolah-olah ‘mengusik’ kekalahan JDT kepada KL City, malam tadi.

Baca artikel berkaitan: TAHNIAH! KL City muncul juara Piala Malaysia, JDT gigit jari

‘Diet apa diet?’, balas Muhammad Sanusi kepada TMJ

‘Perang psikologi’ itu bermula selepas TMJ menerusi laman Instagramnya memberi komen setelah pemain KDA FC mendapat tonik terbaik apabila tunggakan gaji selama dua bulan berjaya dilunaskan pihak pengurusan.

Tunku Ismail menegur sikap pengurusan pasukan KDA FC yang didakwa hanya mahu melangsaikan tunggakan gaji sebelum pertemuan dengan JDT.

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol,” kata TMJ.

Namun begitu, Muhammad Sanusi enggan berdiam diri sebaliknya membalas kritikan itu menerusi akaun Facebooknya mengatakan bukan setiap bulan KDA FC akan bertemu JDT.

‘Drama’ itu berakhir selepas TMJ mengutuskan kiriman bunga dan makanan segera sebagai ‘hadiah’ selepas perlawanan pertama suku akhir antara kedua-dua pasukan.

JDT kemudiannya mara ke separuh akhir selepas berjaya menundukkan KDA FC menerusi jaringan tunggal Arif Aiman Hanapi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram