KONFLIK rumah tangga pelakon Nynaa Harizal, 25, dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, berakhir apabila mereka bersetuju kembali berbaik semula sejak beberapa hari lalu.

Pasangan berkenaan hadir dengan menaiki kenderaan sama untuk menghadiri prosiding sebutan semula kes bagi permohonan kembali taat kepada suami di Mahkamah Syariah di sini, hari ini.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Sulaiman, kedua-duanya bersetuju untuk berdamai.

ARTIKEL BERKAITAN : Suami Nynaa Harizal dedah 7 syarat ‘merepek’ isteri kalau nak jumpa , Pelakon Nynaa Harizal nafi diculik keluarga, sudah failkan penceraian Suami pelakon Nynaa Harizal buat laporan polis dakwa keluarga mentua larikan isteri, guna senjata api , Bapa pelakon Nynaa Harizal mengaku tak bersalah guna pistol dengan niat mengugut

Sebelum berakhir prosiding, Mohd Yusof sempat menasihati pasangan suami isteri itu supaya sentiasa berkomunikasi kerana perbincangan merupakan penyelesaian terbaik.

“Jika diam, tiada komunikasi, masalah akan jadi.

“Kalau pagi itu tidak bercakap, petang itu dah kena geletek (bergurau senda) isteri, biar ada komunikasi,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Pada 11 November lalu, Mohamed Fahmi memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah di sini supaya isterinya kembali taat.

Permohonan tersebut difailkan Mohamed Fahmi sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal selaku defendan.

Berdasarkan dokumen tuntutan plaintif, defendan diperintah kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang di sini.

Selain itu, tuntutan turut menyatakan bahwa ia bagi menyelamatkan pernikahan mereka supaya defendan kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Sementara itu, Mohamed Fahmi berkata, pihaknya akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.6666

“Kami akan jelaskan situasi kami dalam sidang akhbar nanti. Di sana anda boleh tanya 10, 20 atau 30 soalan,” katanya.

Dalam prosiding pada hari ini (Rabu), Mohamed Fahmi diwakili Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, manakala Nynaa diwakili Peguam Syarie, Roslizam Rahim.

Sebelum ini, media melaporkan Nynaa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi satu prosiding sebutan permohonan perceraian secara baik dengan Mohamed Fahmi.

Nynaa memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Kontroversi pasangan itu bermula pada 3 November lalu apabila media melaporkan Mohamed Fahmi tidak pasti keberadaan isterinya, namun mengesyaki Nynaa berada di kediaman keluarga mertuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya beberapa hari lalu.

Berikutan itu, Mohamed Fahmi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Mohamed Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram