MESKIPUN dia hanyalah ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, namun hubungan Siti Fatimah Suberi bersama menantunya iaitu Shuib masih rapat seperti dahulu. 

Kata Siti Fatimah, baginya tiada istilah menantu tiri antara dirinya dengan pelawak itu.

Ujarnya, dia memeriksa mesej langsung (DM) daripada seorang pengguna laman sosial Instagram yang mempersoalkan kelakuan Shuib yang kelihatan segan dengan dirinya. 

“Terkejut saya baca ‘direct message’ ni. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke,” tulisnya

Tambah Siti Fatimah,34, dia dan Shuib saling menghormati antara satu sama lain dan turut menganggap cahaya mata pelawak tersebut sebagai cucunya.

“Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya. Saya yang sama-sama jaga dari mereka lahir sampai sekarang. Mungkin apa yang orang nampak Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati,” ujarnya.

Malah, Siti Fatimah turut berkongsi bahawa dia sering menemani sewaktu Shuib dan Siti Sarah mula bercinta.

“Lagipun masa arwah Sarah ‘dating’ dengan Shuib dulu pun,saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib lebih kurang 12 tahun lepas. Saya ada masa tu temankan arwah. Bukan malu bukan segan tapi hormat,” tambah isteri kepada Raisuddin Hamzah ini.

Siti Fatimah turut meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan buat keluarganya.

“Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin InsyaAllah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada korang semua. Aamiin,” ulasnya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram