RAWATAN MUKA

Apakah Risikonya?

Kebanyakan salon kecantikan adalah bersih dan memahami akan risiko jangkitan, jadi mereka akan lakukan yang terbaik bagi memastikan tiada sebarang jangkitan akan berlaku.

“Individu yang mempunyai kulit sensitif, alahan, sejarah ekzema adalah lebih cenderung untuk mempunyai reaksi kepada kulit apabila menggunakan lulur, pembersih, atau penyegar. Tindak balas pada muka boleh menyebabkan kemerahan, mengelupas, bengkak, melepuh dan pigmentasi yang tidak normal pada kulit”, ujar Reid.

Yang perlu anda lakukan:

Pastikan ahli terapi kecantikan anda mengetahui keadaan kulit anda. “Selalunya, ahli terapi yang merawat akan bertanya tentang keadaan kulit anda dan anda hanya perlu bersikap jujur dan benarkan mereka mengetahui apakah jenis kulit anda. Mereka kemudiannya akan dapat menyesuaikan rawatan anda untuk mengelakkan sebarang reaksi buruk”, kata Reid.

SAMBUNG RAMBUT

Apakah Risikonya?

Menyambung rambut merupakan salah satu cara yang paling cepat yang anda boleh lakukan dalam menukar gaya rambut anda. Kaedah bagi penyambungan rambut pula telah dibuat dengan lebih mudah agar bukan sahaja dapat mengubah gaya anda malahan dapat menambah jumlah dan panjang rambut anda.

Namun begitu, apakah masalahnya perbuatan ini?

Sebenarnya, aktiviti menyambung rambut ini menyebabkan rambut asli anda tertarik keluar terutama jika ia melekat terlalu dekat dengan kulit kepala. Hal ini mampu menyebabkan ketegangan dan memutuskan rambut anda. Jika proses ini berpanjangan, ia mampu memberhentikan proses penumbuhan rambut anda.”

Yang perlu anda lakukan:

Kebiasaannya, jika anda tidak kerap menggunakan kaedah sambungan rambut ini dan menjaga rambut anda, ianya tidak akan merosakkan rambut anda. Tetapi, jika anda mengalami keguguran rambut, sering gatal-gatal atau mengalami kemerahan di kulit kepala, ia menunjukkan yang kaedah penyambungan rambut adalah tidak sesuai untuk anda. Kaedah yang terbaik adalah dengan menggunakan klip ketika melakukan penyambungan rambut di mana anda boleh cabutnya sendiri nanti.

Ahli terapi kecantikan juga haruslah mempunyai ‘perakuan pendaftaran’ dari majlis tempatan.

Panduan Melawat Salon

Adalah menyenangkan apabila mengetahui risiko mendapat jangkitan ketika memanjakan diri di salon kecantikan adalah sangat rendah. Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut perlu dicari dan diambil kira apabila anda mahu memilih ke salon kecantikan:

  • Cari ‘perakuan pendaftaran premis’ dari majlis tempatan yang dipamerkan di kedai.
  • Cari salon yang benar-benar bersih.
  • Minta ahli terapi menggunakan peralatan yang baru atau bersih setiap kali anda memanjakan diri di salon mereka.