LAGU yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rio iaitu Layu Di Hujung Mekar kini kembali menghantui telinga pendengar apabila dinyanyikan semula oleh penyanyi Afieq Shazwan.

Enam hari dilancarkan menerusi Youtube FMC Music, jumlah tontonan kini hampir mencecah 600 ribu tontonan dan telah pun sohor kini.

“Alhamdulillah saya bersyukur percubaan menyanyikan kembali lagu ‘berhantu’ tahun 90-an mendapat sambutan dan sokongan daripada pencinta muzik tanah air. Saya rasa sangat gembira. Selain saya minat lagu ini, saya juga dapat memnonjolkan kelainan dan kemampuan vokal menyanyikan lagu-lagu balada dan bernada tinggi.

“Asalnya saya nyanyi lagu ni suka-suka sahaja. Saya turut membuat rakaman dan siarkan di Instagram story. Maklum balas dari pengikut Instagram sangat positif dan mereka minta saya buat lagi lagu-lagu cover ni.

“Sebenarnya lepas berkongsi lagu ni di Instagram story, baru saya tahu  lagu ini juga di terbitkan oleh FMC Music. Jadi kami berbincang dan sepakat untuk rakamkan semula lagu ini,” katanya kepada URTV.

Afieq Shazwan terima banyak permintaan untuk menyanyikan semula lagu popular 90-an

Sebelum lagu Layu Di Hujung Mekar, single Malam Semakin Dingin duet bersama penyanyi Tajul telah tular dan mendapat 15 juta tontonan di Youtube FMC Music sejak dilancarkan dua bulan lalu.

“Setelah melihat sendiri impak Malam Semakin Dingin dan Layu Di Hujung Mekar, saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya selera penggemar muzik di Malaysia ini masih lagi sukakan genre lagu-lagu sebegini.

“Buktinya bila lagu ini dilancarkan ramai yang menghantar mesej langsung (DM) bagi sokongan dan mereka menyatakan bahawa lagu sebegini sedap didengar serta masih malar segar…mereka mahukan banyak lagi. Kalau kita pergi ke pusat karaoke pun kebanyakan mereka yang berkunjung ke situ akan memilih lagu-lagu yang sebegini untuk dinyanyikan betul tak ?.

“Saya berterima kasih kepada pihak FMC Music kerana percayakan bakat saya dan saya juga turut berterima kasih pada semua yang menyokong kerjaya nyanyian saya. Doakan semoga saya terus sukses dan dapat melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon,” ujarnya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram