NAMA penyanyi Usop bukanlah nama baharu di dalam industri muzik tanah air.

Sejak menyertai Mentor Milenia pada 2017, bakat Usop semakin menyerlah sekaligus meletakkan penyanyi berusia 24 tahun itu di kelasnya yang tersendiri.

Justeru, untuk terus kekal relevan dalam industri muzik, Usop atau Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor kini muncul dengan single terbaharu yang berjudul Sejarah Cinta Ku.

Lagu hasil ciptaan oleh Haqiem Rusli dan liriknya pula adalah hasil kerjasama antara Haqiem dan Datuk A.Aida ini mengisahkan tentang kekecewaan seseorang terhadap pasangannya yang masih belum dapat melepaskan hatinya terhadap pasangannya yang sebelum ini. Walaupun sekian lama mencuba namun beliau masih tetap mengharap.

Menariknya lagi, Sejarah Cinta Ku merupakan runut bunyi untuk Kisah Cinta Kita yang disiarkan di slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.

Lagu Sejarah Cinta Ku sesuai dengan jalan penceritaan drama 28 episod ini kerana ia mengisahkan tentang realiti kehidupan tentang pasangan muda.

Drama tersebut dibintangi oleh Amelia Henderson dan Aedy Ashraf. Datuk Jalaluddin Hassan, Daniella Sya dan ramai lagi.

Dalam pada itu Sejarah Cinta Ku ini sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan muzik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram