Air Bukti adanya hidupan

Di dalam dunia ini, apa sahaja yang al-Quran dan sunnah nyatakan, kita selaku orang Islam wajib mempercayainya. Tiada rasa ragu dan kurang pasti akan kalam Allah dan bicara Nabi s.a.w. Namun, di dunia ini masih wujud golongan bijak pandai yang ingin mengatasi kekuasaan Allah tanpa dia sedar bijak dan pandai yang ada pada dia juga sebenarnya dari Allah.

Kajian demi kajian dilakukan agar dia menemui bukti lain selain yang tercatat di dalam al-Quran. Itulah yang dipanggil ilmu sains. Ia wujud hasil dari kajian manusia, bukan bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.

Dalam bab air, banyak kajian yang telah dilakukan oleh para saintis barat. Mereka sentiasa mencari asas dan kajian yang boleh dikaitkan dengan kejadian air. Namun menurut Profesor Md. Pauzi Abdullah, iaitu Pengarah kajian dan pembangunan di Pusat Penyelidik dan Analisis Air (ALIR), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengatakan kebanyakkan saintis barat turut mengakui keajaiban air adalah luar biasa.

Perihal air banyak juga disebut oleh saintis barat sehingga hasil kajian mereka menunjukkan di atas bumi ini, sebanyak 70% kawasannya adalah diliputi air. Begitu juga dalam tubuh manusia,sebanyak ¾ dari tubuh manusia terdiri daripada air.

Namun tiada pula tubuh manusia lembik dan lentur seperti sifat air. Jelas Prof. Md. Pauzi, para saintis juga tidak menemui kajian kenapa begitu banyak kandungan air dalam tubuh manusia sedangkan air hanya terdiri dari dua zarah, iaitu 2 hidrogen dan 1 zarah oksigen. Walhal, katanya kalau diikutkan tubuh manusia lebih memerlukan carbon berbanding hidrogen dan oksigen kerana pada carbon itu terdapat tisu-tisu dan juga protein.

Ciptaan dan kekuasaan Allah jelasnya mengatasi semua. Meskipun para saintis membuat kajian dengan begitu teliti, namun hasilnya akan berbalik pada kekuasaan Allah. Oleh kerana sikap ego dan sombong kebanyakan saintis barat, mereka masih lagi tidak mahu mengakui tentang kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Di Mana Ada Air Di situ kehidupan

Walau bagaimanapun, dari sudut sains, air juga sangat ajaib dan hasil dari kajian menunjukkan di mana ada air, di situ ada kehidupan. Bahkan bagi membuktikan wujudnya kehidupan di planet yang dikunjungi oleh para saintis, mereka akan meneliti air terlebih dahulu. Jika wujudnya air di situ, maka konklusi dibuat wujudnya benda hidup sebagai penghuni planet.

Benda hidup yang dimaksudkan bukan sahaja manusia, tumbuhan dan haiwan. Tetapi benda hidup juga meliputi  microorganisma yang terdiri daripada bakteria, virus, fungi dan protozoa. Wujudnya hidupan itu juga dikenalpasti dengan adanya air di kawasan tersebut.

Begitu juga di kawasan letusan gunung berapi. Walaupun panasnya hanya Allah sahaja yang tahu, namun kajian sains menetapkan apabila ada air, maka wujud kehidupan di situ. Tidak kira panas terlampau sekalipun.

Prof. Md. Pauzi juga menjelaskan, ia selaras dengan kalam Allah yang menyebut daripada air dijadikan sesuatu benda hidup. Malah ia telah dibuktikan dari kajian sains. Mereka saintis yakin bahawa kajian mereka menemui perkaitan antara hidupan dan air, namun bagi kita orang Islam, perkara itu telah lama diyakini dan diakui sebagaimana seperti yang tertulis di dalam al-Quran. Pembuktian sains hanya sekadar untuk menguatkan hujah kepada orang bukan Islam.

Jika dalam Islam, air yang disebut merangkumi dua jenis, iaitu air hujan dan air mani, tetapi dalam sains, Prof. Md. Pauzi menjelaskan saintis mengklasifikasikan air dengan dua jenis, iaitu air masin dan air tawar. Tetapi kawasan air masin lebih banyak berbanding air tawar.

Dan sehingga sekarang katanya para saintis sendiri masih tidak boleh membuktikan bagaimana air masin itu tejadi dan bagaimana kandungan garam dimasukkan. Itu antara keajaiban yang Allah hidangkan buat hambaNya agar kembali beriman.

Titisan jernih itu juga mempunyai kekuatan mistik untuk mencairkan sesuatu dan bereaksi bersamanya. Prof. Md. Pauzi sifat air ialah pelarut universal. Ia mampu menghakiskan besi dan batu serta banyak lagi komposisi di permukaan bumi ini menjadi larut di dalam air. Disebabkan itu bahaya jika laut atau sungai tidak dijaga dan dipelihara dengan seeloknya oleh pihak berwajib dan kita semua, ia boleh menyebabkan hakisan dan mendatangkan bencana kepada alam.

Justeru, sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari firman Allah yang bermaksud,

“Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna warni),

Dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan Dia hancur lebur, seolah-olah tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Yunus:24)

____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLink