ACARA KayuhLasak Shapadu 2021 yang akan diadakan buat julung kali di Putrajaya pada 12 Disember ini bakal menjadi medan terbaik penggemar aktiviti sukan berbasikal lasak merasai sendiri pengalaman mencabar.

Pengarah Program, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, ia kerana tapak laluan sepanjang 40 kilometer yang dipilih itu menyaksikan peserta terpaksa melalui trek mencabar termasuk laluan berbukit dan berlumpur.

Lebih menarik, kata beliau, peserta juga perlu menyelusuri kayuhan dalam anak sungai sejauh 200 ke 300 meter.

Beliau memaklumkan, peserta juga perlu melalui kawasan 90 peratus off-road dengan hanya 10 peratus jalan raya sewaktu jalan pulang.

Mohamad Hamdan berkata, acara berkenaan merupakan cetusan idea Pengerusi program iaitu Dato’ Sri Shafiz Shahrani yang sememangnya merupakan penggemar sukan lasak.

“Apa yang saya boleh kata, 40 kilometer ini sememangnya laluan mencabar sebab laluan kita pilih sendiri ini akan menampilkan perjalanan yang pelbagai.

“Peserta akan bermula di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu dan menyusuri Sungai Langat, denai, bukit, kampung Orang Asli dan laluan berlumpur,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.

Baca artikel berkaitan: KayuhLasak Shapadu Putrajaya peluang tunjuk potensi

Acara KayuhLasak Shapadu Putrajaya 2021 akan dilangsungkan pada 12 Disember ini anjuran Shapadu Pinarello Speda Klab.

Program yang turut disokong Kementerian Belia dan Sukan itu merupakan sebuah acara berbasikal lasak di laluan mencabar.

Acara tersebut akan menyaksikan lapan kategori termasuk terbuka junior antara usia 15 hingga 21 tahun lelaki dan wanita.

Selain itu, ia juga bakal menampilkan kategori terbuka lelaki dan wanita (22 hingga 34 tahun); master junior lelaki (35 hingga 44 tahun); master senior lelaki (45 tahun ke atas) dan master wanita bagi 35 tahun ke atas.

Lebih menarik, terdapat kategori khas bagi Heavyweight lelaki 95 kilogram ke atas yang turut dipertandingkan dalam acara tersebut.

Bagi yang berminat menyertai acara berkenaan boleh mendaftar di https://www.sports360.my/order/form/klsp2021 dengan yuran penyertaan hanya RM77

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram