telur rebus
Spageti telur rebus yang disediakan cikgu Hafiz.

KEGIGIHAN seorang guru sanggup berpenat lelah menyediakan hidangan spageti telur rebus yang dipinta seorang muridnya mengundang rasa terharu dalam kalangan warganet yang menyifatkan tindakan guru itu terlalu istimewa.

Mana tidaknya bukan semua murid dapat merasai sendiri air tangan guru, nak pula pada hari lahir.

Menerusi perkongsian @hafizjenol di laman TikTok, video dengan kapsyen “semoga ini menjadi kenangan terindah untuk dia” membuatkan warganet tersentuh akan usaha seorang guru menyediakan juadah kegemaran anak muridnya bersempena hari lahir yang jatuh pada 29 November lepas.

“Harini cikgu nak masak istimewa birthday student cikgu. Minggu lepas dia mengadu bahawa 29/11 birthday dia. Dia cakap dia tak pernah sambut hari lahir di sekolah.

“Jadi cikgu plan nak buat suprise, masakkan makanan kegemarannya. Katanya dia suka sgt spaghetti carbonara. Disebabkan dia suka telur rebus. Jadi cg tambah telur rebus dalam kuah spaghetti.

“Alhamdulillah dia happy. Semoga dia simpan kenangan ini sampai bila-bila. Insya-Allah,” tulisnya di dalam video yang telah ditonton 380,000 kali.

Baca artikel berkaitan: 2 juta warganet terhibur gara-gara si suami gagal sambut isteri hingga tergolek

Wah! banyaknya, hanya RM1 pemuda ini dapat beli aiskrim kon ‘setinggi’ gunung

@hafizjenol

Semoga ini menjadi kenangan terindah untuk dia 😊 #fyp

♬ original sound – Cikgu Hafiz

Menceritakan kembali kepada UtusanTV, Ahmed Hafizainol Ahmed Idris atau mesra disapa Cikgu Hafiz mengatakan pelajar berusia 16 tahun itu kerap mengingatkan tentang tarikh hari lahirnya dan tidak pernah menyambutnya di sekolah.

“Jadi saya terfikir untuk realisasikan impiannya,” ujar guru kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini dan menambah pada hari sama anak muridnya itu turut dipilih menjadi badan perwakilan pelajar sekali gus meraikan kejayaannya.

Menurut Hafiz, muridnya itu pernah membuat permintaan untuk merasai air tangannya memasak hidangan berasal dari Itali itu.

Cikgu Hafiz

“Saya tahu dia suka spageti sebab dia selalu ‘request’ kerana dia tahu saya ni suka memasak dan memang rezeki dia.

“Pelajar itu WhatsApp saya, katanya dia terharu sehingga mahu menangis kerana jarang ada orang yang sambut hari lahirnya sebegini” ujarnya yang merupakan guru Bahasa Melayu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang, Terengganu.

Sementara itu, cikgu Hafiz yang merupakan lepasan Sarjana Kajian Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia turut berkongsi kepada UtusanTV cabarannya sebagai seorang pendidik.

Katanya, sebagai seorang pendidik cabaran utama ialah bagi memastikan setiap seorang murid itu fokus di dalam kelas ketika sesi pengajaran berjalan.

“Kadang-kala ada yang tidur dalam kelas sebab jadual di asrama yang padat membuatkan mereka kurang berehat,” katanya.

Rata-rata wargamaya di ruangan komen turut tersentuh akan usaha Cikgu Hafiz menyediakan makanan spaghetti buat anak murid kesayanganya.

“Mana nak dapat cikgu macam ni bang hmm,” tulis @fatinnajwa

“Untung la dapat cikgu macam ni. Tak tau la kalau murid still nak sakitkan hati cikgu,” @babyhsann

“Bangga dapat cikgu macam tu. Kalau aku dapat cikgu camtu. Memang aku tak sakitkan hati dia. Sayang cikgu tu sepenuh hati,” @sitinaqilia

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram