Penggemar kek buah rugi kalau tak cuba resipi ini. Resipi kek buah coklat ini memang sedap dan mudah disediakan. Makan sekali pasti nak lagi. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
165 gm mentega
100 gm gula perang
115 gm tepung
2/3 sudu besar serbuk penaik
Secubit rempah kek
1/2 sudu besar perahan buah oren
70 gm serbuk badam
500 gm mixed fruit
80 gm coklat masakan | dicairkan
3 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Kemudian, masukkan tepung, serbuk penaik dan rempah kek yang telah diayak bersama.
  4. Setelah itu, masukkan perahan buah oren, serbuk badam dan mixed fruit, dan kacau.
  5. Akhir sekali, tuangkan coklat masakan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 150°C.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram