Mufin badam ini memang sedap. Amat sesuai dihidangkan buat anda seisi keluarga. Cara pembuatan tidaklah begitu sukar. Apa lagi tunggu, jomlah cuba..!

BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
1 cawan gula
1 1/2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk penaik
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan minyak jagung
100 gm serbuk badam
Kepingan badam secukupnya.

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan susu tepung, tepung jagung dan serbuk penaik.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk badam. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan dalam acuan mufin dan taburkan kepingan badam di atasnya.
  5. Bakar dengan suhu 180°C selama 45 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram