Sedapnya siakap goreng ala siam ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Memang berbaloi.

BAHAN:
1 kg ikan siakap
200 gm tepung ubi
50 gm bawang merah-hiris
10 tangkai cili api- potong halus
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar cuka
1 biji telur ayam
Lada sulah
Stok ayam

CARA:
1.Bersihkan ikan dan buang tulang. Kemudian pecahkan telur gaulkan bersama tepung ubi, dan lada sulah.
2.Goreng ikan sampai kemerahan angkat dan asingkan.
3.Tumis bawang, cili padi kemudian masukan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, cuka, stok ayam dan gula. Kacau sekejap dan tuangkan sos ke atas ikan. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Team Chef Hotel Perdana Kota Bharu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram