ACARA KayuhLasak Shapadu 2021 yang akan berlangsung pada 12 Disember ini bakal mengetengahkan Putrajaya sebagai hab sukan lasak.

Dikenali sebagai pusat pentadbiran negara, Putrajaya sebenarnya mempunyai ‘permata tersembunyi’ yang jarang diketahui umum.

Atas dasar itulah, Pengarah Program KayuhLasak Shapadu 2021, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, pihaknya berhasrat memperkenalkan kepada masyarakat aktiviti lasak yang boleh dilakukan di Putrajaya.

Kata beliau, Putrajaya bukan sahaja mempunyai keunikan seni bina bangunan tetapi juga ‘kaya’ dengan keindahan alam semula jadi.

Bagi penggemar sukan berbasikal, Mohamad Hamdan berkata, kebanyakan hanya tahu Putrajaya sebagai kawasan selesa untuk berbasikal dalam bandar sahaja.

“Selama ini, kita tahu Putrajaya mungkin cuma kayuh dalam bandar sahaja tetapi sebenarnya ada juga tempat semula jadi untuk diketengahkan.

“Lagi pun, tapak yang kita pilih bagi KayuhLasak Shapadu 2021 ini selari dengan Presint 20 yang mempunyai kelengkapan bagi sukan lasak berbasikal dan juga papan seluncur (skateboard).

“Kita sebagai penggemar sukan lasak mahu kembangkan lagi dan menambah baik termasuk trek bagi kuda endurance, motocross dan juga mountain bike. Jadi, kita melihat penganjuran KayuhLasak Shapadu ini sebagai peluang terbaik untuk perkenalkan Putrajaya,” katanya kepada UtusanTV.

Baca artikel berkaitan: KayuhLasak Shapadu 2021 janjikan pengalaman mencabar

Acara KayuhLasak Shapadu Putrajaya 2021 akan dilangsungkan pada 12 Disember ini anjuran Shapadu Pinarello Speda Klab.

Program yang turut disokong Kementerian Belia dan Sukan itu merupakan sebuah acara berbasikal lasak di laluan mencabar.

Acara tersebut akan menyaksikan lapan kategori termasuk terbuka junior antara usia 15 hingga 21 tahun lelaki dan wanita.

Selain itu, ia juga bakal menampilkan kategori terbuka lelaki dan wanita (22 hingga 34 tahun); master junior lelaki (35 hingga 44 tahun); master senior lelaki (45 tahun ke atas) dan master wanita bagi 35 tahun ke atas.

Lebih menarik, terdapat kategori khas bagi Heavyweight lelaki 95 kilogram ke atas yang turut dipertandingkan dalam acara tersebut.

Bagi yang berminat menyertai acara berkenaan boleh mendaftar di https://www.sports360.my/order/form/klsp2021 dengan yuran penyertaan hanya RM77

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram