kimchi homemade

Kimchi memang cukup enak dijadikan hidangan sampingan, makin berselera dibuatnya.

Resipi kimchi secara homemade yang dikongsikan Gjoy San ini cukup mudah untuk diikuti. Apa yang penting, kimchi yang dihasilkan segar dan tahan lama. Tak perlu lagi membeli di kedai.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih enak, kimchi harus diperap selama dua hari. Berbaloi.

Langkah :

1. Cuci bersih kobis panjang. Boleh gunakan sayur-sayuran seperti timun jepun, lobak putih dan taugeh.
2. Lumurkan garam yang banyak ke kobis korang. Jangan risau, kobis tak akan masin. Fungsi garam adalah untuk membunuh segala bakteria atau serangga di dalam sayur dan supaya kobis lebih lembut.
3. Lumurkan seperti di dalam gambar.
4. Masukkan air tapis.
5. Rendamkan kobis selama minimum enam jam.
7. Hasilnya.
8. Cuci kobis daripada air garam.
9. Cara untuk tuskan kobis. Sediakan periuk besar dan bulat.
10. Kemudian letakkan mangkuk di tengah.
11. Kemudian susun kobis secara menegak untuk minimum enam jam. Air akan menitis ke bawah. Teknik ini direka sendiri semasa pemilik resipi membuat perniagaan kimchi di Sandakan. Sebab kita tak nak kobis berair. Tutup dengan penutup ya supaya tiada lalat hinggap.
12. Sementara kobis dituskan, sediakan bahan untuk perapan kimchi. Halia, bawang putih, cuka, sos ikan, carrot, epal, daun bawang, kiub ikan bilis dan bawang besar.
13. Bahan yang paling utama. Korean Chili Flakes!! Mesti guna chili flakes korea tau. Tapi korang jangan silap beli. Dia ada dua korean chili yang halus dan yang ini chili flakes.
14. Kobis yang sudah dituskan, dipotong ikut selera masing-masing. Potong cantik-cantik tetapi jangan halus sangat.
15. Potong lobak merah.
16. Potong daun bawang.
17. Sekarang, kita nak start buat bahan perapan dia, potong epal, beli epal manis. Resipi kimchi ini memang tak letak gula. Pakai buah pear pun boleh, tapi aku suka epal.
18. Masukkan bawang putih.
19. Masukkan halia.
20. Masukkan cuka.
21. Masukkan sos ikan.
22. Masukkan kuib ikan bilis.
23. DILARANG MASUK AIR. Kalau tak boleh kisar, masukkan sedikit cuka lagi atau sos ikan.
24. Selepas kisar, masukkan ke dalam bekas sayur yang dipotong tadi.
25. Masukkan bijan.
26. Masukkan chili flakes, aku suka letak banyak chili flakes nih. Baru kababoom kimchi. Kadang aku tengok homemade kimchi yang lain, pudar betul warna kimchi mereka, sebab mereka tak letak cukup chili flakes. Untuk korang beli kat luar sana, kalau korang beli kimchi, kalau makan kimchi tuh, lepas tuh ada sedikit pahit after taste, konfirm mereka guna chili powder atau mix dgn korean chili flakes dan chili powder. Sebab korean chili flakes nih mahal sikit, so mereka guna local chili powder sebab murah.
27. Sedia untuk digaul.
28. Siap.
29. Masukkan ke dalam bekas. Boleh je terus makan, tapi kalau dibiarkan selama tiga hari, wowwwww lagi sodapppp.
Salam guys!! Utk postage pada 19 May 2021 (postage 26 May 2021) di **Semenanjung Malaysia** sahaja, The Red Spicy Kimchi dan The Orange Sambal Kimchi!! Kimchi is homemade, halal and freshly made. Stok adalah sgt terhad..

THE KOREAN COLOUR SERIES

✅The Red Spicy Kimchi
600gm – RM18

✅The Orange Sambal Kimchi
300gm – RM16

PRICE EXCLUDE POSTAGE

Nak ORDER, boleh click link dekat bawah ni 👇🏼👇🏼

https://gjoysfood.wasap.my
https://gjoysfood.wasap.my

Sumber : Gjoy San