SUDAH hampir dua bulan membina mahligai, pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin kini meluangkan masa bersama dengan bercuti di Semporna, Sabah sebagai pra-bulan madu mereka.

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana berkongsi detik-detik romantis mereka menerusi kiriman di Instagram buat tatapan para peminat.

“Pra-bulan madu bersama isteri tercinta, Zizi Kirana. Banyak lagi pulau yang tak sempat nak pergi sebab tak cukup maa kena balik sebab kerja. In Sha Allah trip yang seterusnya, Pulau Mabul,” tulis Yusuf.

Apa yang menarik perhatian netizen, gaya penampilan yang sopan dengan mengenakan stoking kaki ketika berjalan di pantai membuatkan netizen kagum dan memuji Zizi Kirana.

Tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen luah suka akan perubahan dan penghijrahan Zizi selepas berkahwin malah memuji Yusuf pandai mendidik isteri.

Sementara itu, netizen turut mendoakan agar Zizi sentiasa istiqomah dengan perubahan yang terkini dan kebahagiaan rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke syurga.

“Subhanallah, hebat Zizi jaga aurat kaki, dalam air pun pakai stoking. Tak ramai boleh buat macam ini. Semoga istiqomah, doakan saya juga,” kata @Cikesyana.

“Manisnya, semoga bahagia hingga ke syurga,” komen @Blossomwawa.

“Comelnya Zizi bila bertudung. Tahniah kalian berdua, moga kekal hingga ke jannah,” ujar @Nuraingah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram