kari ikan tenggiri ala Portugis

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kari ikan tenggiri ala Portugis yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
3 potong ikan tenggiri
Bahan A :
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan B:
100 gm tomato | hiris
3 tangkai cili hijau | hiris
1 batang serai | ketuk

Bahan C:
1/2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Bahan D:
5 helai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu kecil stok ikan bilis
Garam secukup rasa
1 liter air

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A dan Bahan C sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan B dan bahan D dan kacau rata.
  3. Masukkan ikan tenggiri dankacau sebati.
  4. Masak sehingga kuah mendidih

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram