PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, Raja Syahiran.

Jelas Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang hari perkahwinannya, namun tarikh sebenar untuk majlis tersebut belum dimuktamadkan.

“Saya happy bila tengok ramai kawan dah dirikan rumah tangga mungkin sebab dah tangguh kerana ‘lockdown’ dan perintah kawalan pergerakan (PKP). Begitu juga dengan kami sedang menuju ke arah menghalalkan hubungan.

“Persiapan itu ada, lagi-lagi pula ia melibatkan keluarga dan mereka tahu kami sedang berkawan tapi tarikh spesifik masih lagi pilih-pilih sebab kami nak tengok situasi dulu.

“InshaAllah nanti dah tentu tarikh dan ada perancangan barulah kita akan beritahu sebab sekrang kita perlu mengambil kira beberapa faktor,” katanya memetik laporan Mstar.

Tambah anak kelahiran Perak ini, dia hanya mahukan majlis perkahwinannya dibuat secara ringkas dan intim untuk diraikan bersama tetamu yang hadir kelak.

“Kalau dulu orang tanya apa majlis idaman, saya kata saya mahu kahwin atas kapal, benda-benda yang ‘extravagant’ tapi bila dah semakin matang ini rasa nak ringkas sahaja, intim,” kongsinya lagi.

Ujar Uyaina, dia akui bimbang dengan keadaan pandemik pada ketika ini ekoran kes yang semakin meningkat dan akan maklumkan kepada umum jika terdapat sebarang khabar baik.

“Saya tidak mahu terlalu majlis, cukup ringkas sahaja. Lagi pula sekarang dalam pandemik kena mengambil kira beberapa faktor dan sebagainya.

“Risau juga dalam keadaan sekrang ini kes Covid-19 masih tinggi, kita tak tahu lagi macam mana. Apa-apa berita baik nanti pasti saya akan kongsikan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram