Memperkenalkan 10 peserta wanita Program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss yang terdiri daripada peserta berusia 20 hingga 32 tahun yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Menurut Pengarah Pemasaran Fasto Fit, Muhd Syauki Basir, 35, pemilihan peserta program ini adalah berdasarkan kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan, kurang keyakinan diri dan mahukan bentuk badan yang ideal.

Sementara itu, kesemua peserta akui terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui sepanjang menyertai program ini dan menyimpan pelbagai harapan dan perancangan pada masa akan datang.

Umairah Ahmad, 25, (dari kiri), Nur Farahin Syariza Mohamad, 28, Siti Nor Fatehah Md Esa, 27, Nurul Syafiqah Shahnurin, 28, dan Isma Qistina Safia Ismazali, 20, antara peserta-peserta yang bertanding dalam Program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss dan juara bakal merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000 yang akan diumumkan pada 25 Disember nanti. GAMBAR: Abd Razak Aid

Isma Qistina Safia Ismazali, 20, peserta termuda dan Siti Nor Fatehah Md Esa, 27, memilih untuk bekerja sendiri dan diikuti Zulaikha Kamaruzaman berusia 22 tahun memilih pemasaran atas talian sebagai kerjayanya.

Lebih mesra dikenali sebagai Mia atau nama sebenar Umairah Ahmad, 25, dia bekerja sebagai pembantu peribadi manakala Nur Amirah Alias, 27, bekerja sebagai pembantu sumber manusia untuk menyara keluarga mereka.

Zulaikha Kamaruzaman, 22, (dari kiri), Nurul Shahira Anuar, 30, Nur Amirah Alias, 27, Farahiyah Muhamad Ridzuan, 28, dan Haznita Mohamed Hatta, 32, antara peserta-peserta yang bertanding dalam Program Fasto Fit 30 Day Challenge Weight Loss dan juara bakal merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000 yang akan diumumkan pada 25 Disember nanti. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bagi Nur Farahin Syariza Mohamad, 28, dia memutuskan untuk menceburi dalam dunia perniagaan produk makanan serta Nurul Syafiqah Shahnurin, 28, merupakan seorang pelakon dan juga usahawan.

Farahiyah Muhamad Ridzuan, 28, menyandang jawatan sebagai pembantu tadbir Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) manakala Nurul Shahira Anuar, 30, bekerja eksekutif admin dan peserta terakhir, Haznita Mohamed Hatta, 32, atau lebih dikenali sebagai Nita bekerja sebagai pekerja bebas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram