Sedapnya opor ayam kampung ni. Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ini, apa kata cuba yang lazat ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (bersihkan dan rebus separuh masak)
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan santan pekat
1 cawan stok air ayam
½ cawan gula kabung
4 helai daun salam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak masak (menumis)
Garam

BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm lengkuas & halia
3 batang serai
5 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dengan bahan tumis hingga naik bau. Tumiskan sehingga bahan tumisan garing.
  2. Masukkan ayam, serbuk kunyit, air asam jawa, stok ayam, santan dan daun salam.
  3. Masak sehingga ayam empuk. Masukkan gula kabung dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api masak sehingga kuah pekat dan ayam masak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram