KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar terus berusaha membantu memulihkan perniagaan usahawan wanita di luar bandar yang terkesan akibat pandemik Covid-19 apabila melancarkan Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitilan Bersama KPLB hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, platform khas itu disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan  arus perniagaan semasa yang berasaskan  digital.

“Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, kementerian telah memperkenalkan program [email protected] bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian.

‘’Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan LuarBandar(DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir,Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk SeriAbdul Rahman Mohamed, Ketua Setiausaha  KPLB,Datuk Ramlan Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Mohd Syafiq Abdulah.

KPLB, kata Mahdzir, mengambil serius perkembangan dan pembangunan usahawan luar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk mereka secara atas talian yang kini menjadi saluran yang sangat berkesan.

Usahawan di luar bandar tegas beliau perlu mengambil peluang pemasaran secara digital itu dan tidak boleh ketinggalan dalam meluaskan pasaran produk mereka.

Katanya, penjenamaan dan pemasaran secara digital bukan sahaja boleh dimanfaatkan di dalam negara,malah melangkau pasaran seluruh dunia yang mampu dicapai menerusi platform atas talian.

“Penjenamaan itu amat penting untuk membina nilai percaya pembeli terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan,kadang kala orang membeli bukan kerana faktor jenama semata-mata,tetapi kerana mereka ingin mengguna dan memerlukan produk itu.

“Jadi di sinilah pentingnya penjenamaan dan pendigitalan produk usahawan walaupun mereka berada di luar bandar tetapi jualan produknya boleh menembusi pasaran satu dunia,’’ katanya.

Beliau berkata,  dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19 ini, usahawan luar bandar perlu bangkit semula dengan memperkasakan penjenamaan dan pendigitalan produk keluaran mereka sekaligus memulihkan ekonomi dan pendapatan golongan tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkaitanProgram USANITA-Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB,boleh hubungi talian 03-41313041 atau layari laman sesawang www.usanita.com.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram