PELANTUN lagu Sumpah, Naim Daniel yang memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, telah menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik satu gambar tidak memakai baju di Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Naim berdiri di samping motosikal dengan tidak mengenakan apa-apa baju di badannya dan menayangkan susuk tubuhnya yang tegap serta kapsyen ringkas ‘Go Easy On Me’.

Tinjauan URTV ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terkejut dan meninggalkan pelbagai reaksi dengan perubahan badan penyanyi yang berusia 24 tahun itu.

Malah, ada juga netizen meluahkan rasa kurang senang dan menegur Naim tidak sepatutnya menunjukkan bentuk tubuh badannya kepada khalayak ramai di media sosial.

“Badan itu tutup bang, takut menimbulkan syahwat orang perempuan. Maaf bang kalau terasa,” komen @azimsameon.

“Naim Daniel pun dah mula tayang aurat macam kawan-kawan yang lain ek,” ujar @azuremiss.

“Bang Naim aurat antara lelaki dan perempuan ajnabi ialah dari pusat hingga ke lutut, termasuk juga badan,” kata @badnanba.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram