Hilangkan Warna Kunyit Hidup

ADA masanya penggunaan kunyit hidup boleh meninggalkan kesan warna yang lama di tangan dan sukar dihilangkan. Untuk menghilangkannya ambil sesudu teh kapur dan sapukan pada tangan anda. Basuh dengan sabun dan cuci dengan air suam. Hasilnya pasti memuaskan.

Elak Telur Ikan Hancur  

SEBELUM memasak telur ikan, basuh dan rendamkan telur ikan tersebut di dalam air kapur selama 10 minit.

Kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur. Cuba jangan tak cuba.

Kulit Limau Cantikkan Kulit

LIMAU banyak khasiatnya. Selain airnya yang mujarab, kulitnya juga boleh dibuat skrub untuk menghaluskan kulit anda. Lepas gunakan buah limau ambil kulitnya dan jemur sehingga kering. Kemudian kisar hingga hancur dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Bila nak mandi ambil kulit limau yang dikisar tadi, campurkan bersama oat, susu dan madu untuk dijadikan skrub. Lumurkan skrub pada badan dan biarkan seketika. Lepas itu gosok skrub tersebut pasti anda akan terasa betapa halusnya kulit. Selamat mencuba.