Pendidikan seks, satu subjek yang dianggap cukup taboo untuk diperbincangkan di khalayak ramai, apatah lagi di depan anak-anak.

Golongan kanak-kanak ini sering dianggap tidak memahami dan dalam masyarakat Asia, seks sering diperjelaskan dalam bentuk kiasan. Namun fahamkah kanak-kanak akan isu ini? Bagaimana si kecil menangani kekeliruan dan perasaan ingin tahu mengenai perubahan hormon yang berlaku?

Ibu bapa sering salah faham, memikirkan pendidikan seksual bermakna mengajar anak-anak hubungan intim di dalam kelambu. Namun isu sebenar lebih besar daripada sekadar itu.

Ikuti perkongsian penulis, Wawa Shauqi mengenai isu berbangkit.

“Ada ke kecik-kecik lagi nak ajar anak pendidikan seksual!

Tenang.

Pendidikan Seksual bukan nak ajar anak bagaimana nak lakukan seks.

Tetapi nak ajar anak

❣️Persediaan bila baligh

❣️Apa nak buat jika diri diganggu secara seksual

❣️Feed curiosity anak tentang seksual tanpa anak perlu terjebak dalam aktiviti seksual

❣️Cara penjagaan diri. Ilmu fardhu seperti mandi hadas, tangani naluri seksual, tangani perubahan hormon dsb

❣️Pengasingan tempat tidur dari mak ayah dan adik beradik lain.

❣️Sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat

Dan luas lagi skopnya.

Cuba kita cek, ada tak kita terbuat salah satu atau beberapa dari 6 SENARAI TERBESAR KESALAHAN IBU BAPA. dalam Pendidikan Seksual Anak-anak.”

Sumber : Wawa Shauqi